Tuesday 23 September 2014

REFLEKSI (KK)
Nama : Jaslinda Bt Jasmi

          Pertama sekali, syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik yang mungkin. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Zulkafly B. Mohd Noor kerana telah memberi kami tunjuk ajar sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan ini.  Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang memberi sokongan dan dorongan dalam mencari idea dalam membuat tugasan ini.
          Pengalaman saya semasa melakukan tugasan ini ialah semua orang mempunyai pendapat yang tersendiri dalam sesuatu isu. Ada yang boleh dipercayai, ada juga yang tidak boleh dipercayai. Terpulang kepada individu itu sendiri dalam mengambil atau menerima sesuatu maklumat atau isu tersebut. Saya telah memilih isu pendidikan, gejala sosial, media massa, teknologi maklumat dan pertembungan budaya. Saya perlu mendalami sesuatu isu tersebut untuk mengetahui dengan lebih mendalam di samping bertanyakan mengenai isu tersebut kepada yang lebih pakar atau yang lebih berpengetahuan dalam bidang itu.

          Saya tidak mempunyai masalah yang begitu banyak dalam menyiapkan tugasan ini kerana saya terlebih dahulu memahami mengenai isu yang saya bincangkan ini sebelum saya membuat tugasan yang diberikan. Saya juga telah belajar dari pensyarah pembimbing mengenai isu ini. Saya hanya mempunyai masalah seperti kekeliruan dalam mencari maklumat mengenai isu berkenaan. Seperti yang saya katakan di atas tadi, semua orang mempunyai pendapat sendiri dalam sesuatu isu. Saya juga bimbang akan kesahihan dalam isu tersebut. Saya mengatasinya dengan bertanyakan pendapat kepada keluarga dan rakan-rakan tentang apakah dan yang manakah perlu saya percaya serta mengambil bahan itu sebagai bahan rujukan.

          Pengalaman saya dalam menyiapkan tugasan ini mampu menjadikan saya lebih faham tentang perkembangan seseorang individu. Perkembangan seseorang individu itu bergantung kepada dirinya sendiri seperti bagaimana dia mahu menyesuaikan dirinya, bagaimana untuk mengambil iktibar dalam sesuatu perkara dan apakah jalan yang sepatutnya dia ikut dalam menentukan masa depannya. Saya faham dalam kerjaya keguruan ini perlu mendalami isu-isu kesantunan dalam masyarakat kerana kami akan berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai karenah dan dari latar belakang keluarga yang berbeza. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu belajar bagaimana untuk memahami seseorang pelajar tersebut dan bantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dalam sesuatu masalah.


          Akhir sekali, saya berasa lega kerana telah menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin dan dapat menghantarnya pada masa yang ditetapkan. Saya akan memperbaiki kesalahan-kesalahan yang saya lakukan untuk tugasan-tugasan yang seterusnya. Saya berharap pensyarah pembimbing mahupun rakan-rakan sekelas dapat membantu saya dalam memahami dan mendalami sesuatu tugasan dengan sebaiknya sebelum saya memulakan atau semasa saya membuat tugasan yang seterusnya. Saya berasa gembira kerana saya dapat mempelajari bagaimana untuk membuat sesuatu tugasan kerana saya tidak pernah membuat sebarang tugasan yang berbentuk begini sebelum ini.




REFLEKSI ( KK)
Nama : Neteliayana Anak Edmond

                        Salam sejahtera dan bersyukur saya kepada hadrat ilahi kerana memberi saya peluang dalam menyiapkan refleksi kerja kursus Kesantunan Masyarakat Malaysia ( GSB 1012 ) yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Encik Zulkafly Mohd Noor. Semasa diberi tugasan ini, saya berasa keliru dengan kehendak soalan kerja kursus yang diberikan. Saya banyak bertanya rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan yang dari bidang yang berlainan juga mengenai kerja kursus yang diberikan.

            Pengalaman saya dalam mencari topik isu-isu kesantunan dalam masyarakat adalah agak susah sedikit kerana maklumat yang dicari dan dijumpai kadang-kadang tidak tepat. Semua orang mempunyai idea dan pendapat masing-masing dalam membuat isu yang dibincangkan. Kebanyakkan maklumat yang diperoleh daripada internet dan media massa kadang-kadang tidak boleh dipercayai kerana maklumatnya tidak disahkan sahih. Maklumat yang saya selalu dapat adalah dari blog-blog yang di bina. Untuk mendapat maklumat yang begitu sahih dan tepat adalah amat susah sekali dalam internet. Saya berasa binggung dan buntu pada permulaannya dan saya berusaha mencari maklumat walaupun susah.

            Antara masalah lain yang saya hadapi dalam membuat kerja kursus yang berikan ini adalah saya  tidak mempunyai idea dalam memulakan kerja kursus yang saya ingin buat. Hal ini kerana saya keliru dengan kehendak soalan kerja kursus yang diberikan kepada kami sekelas. Saya juga ada bertanya kepada rakan-rakan sekelas mengenai isu yang patut dibincangkan sekaligus cara membuat kerja kursus ini.  


            Saya banyak belajar perkara baru melalui pengalaman membuat kerja kursus ini dan ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan kefahaman saya tentang perkembangan individu dan perguruan itu sendiri. Oleh itu,saya akan berusaha untuk meningkatkan kauliti dan quantiti kerja saya pada masa hadapan agar senang bagi saya sendiri dan pihak lain.